Ancher..anak buah kesayangan

Monday, October 13, 2008

Cerita Lagenda Daerah Keningau tentang GUA LAING

GUA LAING

Gua Laing telah wujud sejak lima belas ribu tahun dahulu. Mengikut legenda, Gua Laing telah dibina oleh Dewi Kayangan. Seorang dusun kujau yang bernama Laing telah menjumpai gua sedang dibina oleh Dewi Kayangan semasa beliau memburu binatang untuk makanan di hutan dengan menggunakan alat buruan seperti parang (machete) dan bujak (spear). Laing telah bertembung dengan seorang wanita yang cantik sedang menebang kayu.
Laing terus bertanya kepada wanita cantik tersebut "Siapa kamu dan apa yang kau sedang buat?". Wanita cantik menjawab "Kami adalah Dewi Kayangan dan sedang membuat rumah cantik untuk manusia bertukar kulit (dalam bahasa dusun MEMALUS) khusus untuk orang-orang tidak berdosa, bagi orang-orang yang berdosa kalau masuk ke rumah ini, mereka tidak dapat kembali kerena dihukum."
Dewi Kayangan menjadikan Sungai Lomos sebagai empangan serta lubuk untuk tempat bermandi mandi sebelum masuk ke dalam gua dan selepas. Selain itu, sebuah sulap juga dibina di bukit yang dipanggil "MINITINDUK" untuk Dewi Kayangan bersembang sambil meminum tapai (local brew) semasa membina rumah tersebut.
Dewi Kayangan memesan kepada Laing agar kembali pada hari ke-7. Walau bagaimanapun, kerana tidak sabah menunggu, hari ke-6 Laing kembali ke tempat tersebut, maka marahlah Dewi Kayangan kerana engkar pesanan mereka lalu Dewi Kayangan dengan marahnya menebang tiang rumah tersebut dengan sekali hayun sahaja lalu langit menjadi gelap dan hujan lebat serta petir menyebabkan rumah yang belum siap dibina serta anjing dan peralatan dapur semua menjadi batu. Batu tersebut hingga hari ini masih ada yang dinamakan GUA LAING.

3 comments:

Japrin November 7, 2008 at 12:25 PM  

dd, ko tau.. itu gua laing dekat dengan kampung sa tu.. hehe.. malah bersebelahan saja dengan tanah sepupu sa. :)

Unknown April 15, 2016 at 3:15 PM  

Di mana gia ni gua liang...di kg mana ni..

Unknown June 23, 2017 at 10:11 PM  

Boleh masuk dalam gua ka??maksud sy tengok2 di dalam tu gua.dan boleh berkhemah di dalam tu gua.




  ©Template by Dicas Blogger.