Ancher..anak buah kesayangan

Thursday, September 24, 2009

Cinta sejati....

Ada sorang lelaki buta. Semua orang bencikan dia, kecuali kekasihnya. Lelaki itu selalu berkata, “Saya akan mengahwini awak di saat saya boleh melihat.” Suatu hari, ada orang dermakan mata kepada lelaki itu. Akhirnya dapat juga lelaki itu melihat. Dengan segera, dia pergi menemui kekasihnya. Tetapi, bila dia melihat kekasihnya, dia merasa sungguh terkejut kerana kekasihnya juga buta.

Kekasihnya bertanya, “Sudikah awak berkahwin dengan saya sekarang?” Tanpa sebarang alasan, lelaki itu menolak. Kekasihnya tersenyum dan berlalu pergi sambil berkata. “Tolong jaga mata saya baik-baik…”

Read more...

Tuesday, August 11, 2009

VIRUS H1N1









INFLUENZA A (H1N1)

PERLU TAHU PENYAKIT ZAMAN SEKARANG
ABSTRAK
Pertubuhan Kesihatan Sedunia atau World Health Organization (WHO) pada 24 April 2009 telah mengisytiharkan krisis kecemasan kesihatan antarabangsa ekoran merebaknya wabak Virus Influenza A (H1N1) (Selesema Babi atau Swine Flu) bagi memberi amaran wabak yang dianggap makin mencemaskan dan berpotensi untuk menjadi pusat ‘pandemik’ atau wabak yang akan merebak. Selesema babi yang disebarkan oleh manusia ini telah mencetuskan keadaan panik di seluruh dunia terutamanya di Mexico dan Amerika Syarikat (AS). Sehingga 6 Mei 2009, wabak ini telah mengorbankan 29 orang di Mexico, 2 orang di United State (US), 1786 orang telah disahkan dijangkiti dan lebih 4169 orang disyaki dijangkiti di seluruh dunia. Jumlah kematian dan mereka yang dijangkiti meningkat dari semasa kesemasa dan amat dikhuatiri merebak ke Negara ini.

PENGENALAN

Demam Virus Influenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit sistem pernafasan (respiratory) yang biasanya ditemui dalam kawanan babi. Virus Influenza A (H1N1) atau demam babi ini biasanya berlegar dalam spesies babi sahaja dan tidak menjangkiti manusia. Namun jangkitan terhadap manusia telah berlaku dan penyebaran virus ini dalam kalangan manusia telah mula dikesan sejak tahun 1988.


Apakah Virus Influenza A (H1N1)?

Virus Influenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit respiratory yang ditemui dalam kawanan babi disebabkan oleh virus influenza jenis A (H1N1). Selesema babi ini dikesan saban tahun dan biasanya terjadinya kepada mereka yang mempunyai kaitan dengan babi. Manusia biasanya tidak dijangkiti oleh virus ini tetapi jangkitan terhadap manusia telah dikesan. Virus selesema babi telah dilaporkan merebak dari manusia ke manusia lain. Tetapi pada masa lepas, pemindahan virus ini adalah terhad dan menjangkiti sehingga tiga orang sahaja.

Adakah Terdapat Jangkitan Demam Virus Influenza A (H1N1) di US?

Pada akhir Mac dan awal April 2009, beberapa kes jangkitan virus ini (H1N1) terhadap manusia telah dilaporkan di Southern California berdekatan San Antonio, Texas. Beberapa negeri lain di US juga telah melaporkan jangkitan yang sama pada manusia dan juga telah dilaporkan di peringkat antarabangsa. (Perkembangan terkini mengesahkan bilangan jangkitan virus di Amerika Syarikat boleh di dapati dihttp://www.cdc.gov/swineflu/investigation.htm. Pusat pencegahan dan kawalan penyakit (CDC - Centers for diseases control and prevention dan Jabatan serta agensi kesihatan sedang bekerjasama dalam menyiasat situasi ini).

Adakah Virus Ini Berjangkit?

CDC telah mengesahkan bahawa virus ini (H1N1) adalah berjangkit dan merebak dari seorang ke seorang manusia lain. Walau bagaimanapun masih belum diketahui cara dan bagaimana mudahnya jangkitan ini terjadi.

Apakah Tanda-tanda dan Simptom Virus Influenza A (H1N1) Terhadap Manusia?

Simptom Virus Influenza A (H1N1) ini terhadap manusia adalah sama dengan simptom selesema biasa seperti demam, batuk, sakit tekak, sakit badan, pening kepala, sejuk dan kelesuan. Ada juga sesetengah kes cirit-birit dan muntah yang berkait dengan selesema burung yang dilaporkan.

Pada masa yang lepas, beberapa penyakit (kegagalan paru-paru dan sistem pernafasan) dan kematian telah dilaporkan dengan jangkitan selesema babi dalam manusia. Seperti virus selesema bermusim, selesema babi boleh menyebabkan keadaan kesihatan kronik.

Bagaimanakah Selesema Burung Merebak?

Virus jenis A (H1N1) selesema burung ini dijangka akan merebak seperti mana virus selesema bermusim lain. Virus selesema ini biasanya disebarkan dari seorang ke seorang yang lain melalui batuk dan bersin mereka yang terkena jangkitan. Kadang-kadang seseorang itu boleh dijangkiti melalui barang yang disentuh dengan tangan dan kemudiannya menyentuh mulut dan hidung mereka.

Bagaimanakah Seseorang Yang Dijangkiti Selesema Menjangkiti Seorang Lain?

Seseorang yang dijangkiti mungkin boleh menjangkiti seorang lain bermula sehari sebelum simptom itu merebak hingga ke hari ke-7 selepas dijangkiti (sakit). Ini bermakna kita mungkin boleh menyebarkan virus ini sebelum mengetahui yang kita telah dijangkiti.

Apa Yang Perlu Dilakukan Untuk Mengelak Daripada Dijangkiti Selesema?

Perkara yang terpenting sekali adalah membasuh tangan. Cuba untuk berada pada tahap yang paling sihat. Dapatkan tidur yang cukup. Sentiasa aktif, menangani tekanan, minum banyak air dan makan makanan berkhasiat. Cuba mengelak dari menyentuh tempat yang dicemari dengan virus. Mengelak hubungan dengan mereka yang sakit.

Adakah Terdapat Ubat Untuk Virus Influenza A (H1N1) Ini?

CDC menyarankan pengambilan ubat seperti oseltamivir atau zanamivir untuk merawat dan/atau mencegah jangkitan virus selesema babi ini. Ubat antiviral adalah ubat-ubatan berpreskripsi (pil, cecair ataupun ubat sedut) yang melawan virus dari terus membiak di dalam badan anda.

Jika anda jatuh sakit, ubat antiviral akan dapat melegakan dan membuat anda sihat dengan lebih cepat. Ia juga dapat mencegah dari komplikasi selesema yang lebih serius. . Untuk tujuan rawatan, ubat antiviral adalah lebih berkesan untuk diambil sebaik sahaja jatuh sakit (dalam dua hari selepas simptom).

Berapa Lama yang Diambil oleh Seseorang yang Dijangkiti dengan Selesema Burung Untuk Menyebarkan Kepada Orang Lain?

Mereka yang dijangkiti dengan virus ini boleh dikira sebagai pembawa virus selagi mereka di dalam simptom sehingga tujuh hari dari bermula sakit. Kanak-kanak, terutama anak-anak kecil berpotensi untuk dijangkiti untuk jangka masa yang lebih lama.

Apakah Kawasan-kawasan Yang Berkemungkinan Sebagai Tempat Yang Dicemari?

Kuman boleh merebak apabila seseorang menyentuh sesuatu yang dicemari dengan kuman dan menyentuh pula mata, mulut dan hidung mereka. Titisan rembesan dari batuk dan bersin dari mereka yang dijangkiti boleh bergerak melalui udara. Kuman boleh merebak apabila seseorang itu menyentuh titisan rembesan batuk dan bersin dari seorang di atas permukaan seperti meja dan permukaan lain dan menyentuh mata, mulut dan hidung sebelum membasuh tangan mereka.

Berapa Lama Virus Tersebut Boleh Hidup Di Luar Badan?

Seperti yang diketahui sesetengah virus dan dapat hidup sehingga lebih dua jam di permukaan seperti meja kafeteria, tombol pintu dan meja. Membasuh tangan dengan kerap akan mengurangkan kesan pencemaran yang didapati dari permukaan-permukaan ini.

Apa Yang Boleh Dilakukan Untuk Mengelak Daripada Dihinggapi Penyakit?

Buat masa ini belum lagi ada sebarang vaksin untuk melindungi dari selesema babi ini. Terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk membantu menghalang penyebaran kuman yang menyebabkan penyakit pernafasan seperti demam selesema. Cubalah langkah-langkah ini untuk melindungi kesihatan anda:

• Tutup/lindung mulut dan hidung anda dengan tisu sewaktu bersin atau batuk. Buangkan tisu tersebut ke dalam tong sampah selepas menggunakannya.

• Basuhlah tangan dengan sabun dan air dengan kerap terutamanya selepas batuk atau selesema. Pembersih tangan berasaskan alcohol juga berkesan.

• Mengelak dari menyentuh mata, hidung dan mulut. Kuman boleh merebak dengan cara ini.

• Jika anda sakit akibat demam selesema, disyorkan supaya anda tidak bekerja atau ke sekolah juga mengehadkan pergaulan dengan orang lain supaya mereka tidak dijangkiti.

Apakah Cara Terbaik Untuk Mengelak Dari Menyebarkan Virus Melalui Batuk Dan Bersin?

• Jika anda sakit, hadkan pergaulan anda sebaik yang mungkin. • Jangan pergi ke sekolah; • Tutup mulut anda dengan tisu semasa batuk dan bersin. Ia boleh membantu mengelak orang-orang di sekeliling kamu dari jatuh sakit; • Buangkan tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah; • Tutup mulut anda semasa bersin dan batuk jika tiada tisu; • Basuhlah tangan kamu setiap kali batuk dan bersin.

Apakah Teknik Terbaik Untuk Mencuci Tangan Dan Mengelak Dari Jangkitan Selesema?

Membasuh tangan dengan kerap akan membantu melindungi anda daripada kuman. Basuhlah dengan sabun dan air ataupun pembersih tangan berasaskan alcohol. Basuhlah tangan antara 15 ke 20 saat dengan air suam dan sabun. Jika tiada air dan sabun, tisu pakai buang berasaskan alcohol atau pembersih gel boleh digunakan. Ianya boleh didapati di kedai-kedai ubat dan pasar raya. Jika menggunakan gel, sapulah tangan anda sehingga gel itu kering. Alkohol di dalam gel tadi akan membunuh kuman dan ianya tidak memerlukan air untuk berkesan.

Apa Yang Perlu Saya Lakukan Jika Jatuh Sakit?

Jika anda tinggal di kawasan yang dikenal pasti wabak Virus Influenza A (H1N1) itu merebak dan mempunyai simptom-simptom demam selesema termasuk demam panas, sakit badan, selesema, sakit tekak, muntah mual dan cirit-birit, anda perlu berjumpa dengan doktor, terutamanya jika anda risau tentang simptom-simptom tadi. Doktor akan mengesahkan sama ada sebarang ujian atau rawatan adalah perlu.

Jika anda sakit anda perlu:-

• Tinggal di rumah dan mengelak hubungan dengan orang lain sebaik mungkin untuk mengelak jangkitan; • Mendapatkan rawatan kecemasan jika mengalami tanda-tanda awal penyakit;

Untuk kanak-kanak tanda-tanda dan perlu dibawa untuk dirawat adalah seperti berikut:-

• Kesukaran bernafas dan pernafasan yang terlalu cepat; • Warna kulit bertukar kebiru-biruan; • Tidak minum air yang secukupnya; • Tidak bangun dan berinteraksi; • Tidak suka dipegang dan asyik merengek; • Simptom seperti selesema dan pulih tetapi kemudiannya berulang bersama demam dan batuk yang lebih teruk; • Demam dan beruam.

Bagaimana Seriusnya Jangkitan Virus Influenza A (H1N1) ini?

Seperti demam selesema yang lain, kesan selesema babi (Virus Influenza A) (H1N1) pada manusia adalah berbeza dari tahap sederhana ke tahap serius. Antara 2005 hingga Januari 2009, 12 kes jangkitan pada manusia tanpa kematian dikenal pasti di Amerika Syarikat. Walau bagaimanapun kesan dari selesema babi ini boleh menjadi serius. Pada September 1988, seorang wanita mengandung berumur 32 tahun dari Wisconsin dimasukkan ke hospital akibat jangkitan paru-paru akibat selesema babi dan meninggal dunia 8 hari kemudian. Pada tahun 1976, wabak selesema babi dikesan di Fort Dix, New Jersey mengakibatkan lebih 200 kes serius dan satu kematian.

Bolehkah Saya Dijangkiti Melalui Memakan Dan Menyediakan Masakan Berasaskan Babi?

• Tidak.

Selesema babi tidak boleh merebak melalui makanan. Ianya tidak boleh dijangkiti melalui makanan dan produk berasaskan babi. Memakan produk berasaskan babi yang dimasak dan disediakan dengan sempurna.

TINDAKAN SERTA-MERTA KEMENTERIAN KESIHATAN

• Kementerian Kesihatan menguat kuasa serta-merta empat langkah pencegahan:-

i. Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia mengaktifkan Bilik Gerakan untuk membuat pemantauan situasi wabak Virus Influenza A (H1N1) dengan pihak WHO bagi memastikan tindakan-tindakan proaktif diambil untuk melindungi kesihatan awam penduduk Malaysia.

ii. Semua Pengamal Perubatan termasuk di sektor swasta yang merawat kes-kes yang mempunyai tanda-tanda atau gejala ‘influenza-like illness’ atau ‘severe pneumonia’ dan mempunyai sejarah melawat Mexico, California, Kansas, Ohio, Texas, New York atau Kanada selepas 17 April 2009 diminta untuk memaklumkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat dengan serta merta melalui telefon untuk tindakan pencegahan dan kawalan.

iii. Saringan tanda-tanda jangkitan Virus Influenza A (H1N1) di semua pintu masuk negara untuk pelawat atau warga Malaysia yang ada melawat ke negara Mexico, California, Kansas, Ohio, Texas, New York atau Kanada selepas 17 April 2009.

iv. Membuat kenyataan akhbar dari masa ke semasa situasi wabak Virus Influenza A (H1N1) untuk maklumat orang awam di Malaysia dan langkah kawalan dan pencegahan yang diambil oleh Kerajaan.

• Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai menyatakan pada Sidang Media pada 26 April 2009 mengenai wabak berkenaan amat berbahaya kerana ia tersebar melalui manusia bukannya haiwan seperti selesema burung atau ‘avian flu’ yang pernah melanda negara ini.

• Beliau bagaimanapun meminta rakyat negara ini supaya tidak panik kerana Kerajaan sentiasa berwaspada terhadap apa jua wabak yang boleh menyebabkan kematian.

• Pengawasan itu membabitkan pemeriksaan kesihatan terhadap orang ramai antaranya mereka yang menunjukkan tanda-tanda demam panas.

• Pengawasan di semua pintu masuk negara diperketatkan sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengekang penularan wabak selesema babi dari merebak ke dalam negara terutama penumpang penerbangan dari luar negara termasuk AS.

• Orang awam yang ingin mendapat maklumat lanjut berkaitan dengan wabak Virus Influenza A (H1N1) ini boleh mendapatkan maklumat tersebut melalui talian 03-88810200 atau 03-88810300 pada waktu pejabat atau di laman web Kementerian http://www.moh.gov.my

Sumber : Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) • Pusat Pencegahan dan Kawalan Wabak Amerika Syarikat (US Centers of Diseases Control and Prevention) atau CDC • Akhbar-akhbar Utama TempataN

Read more...

Sunday, July 5, 2009

SAKRIL SIDIK DALAM KENANGAN

peminat2 yg tidak henti2 menyokong sakril & jan lupa undi lagu sakril dalam pencalonan artis pertisa nanti ahhh...... sayang you allll......dan undi lagu sakril di bontugan juga"~sakril sidik.


Apabila mendengar Berita pemergian beliau daripada adik di keningau, terasa kaku sekejap, tidak lama kemudian air mata mengalir..huuuuu, kesedihan yang suda bertahun lamanya berlalu semasa kakak meningal dunia kerana penyakit yang sama, seperti muncul kembali....walaupun perkenalan yang begitu singkat hari itu tapi ia tetap terpahat di dalam hati untuk selamanya kerana beliau seorang yang terlalu baik hati dan friendly, semoga dia ditempatkan dikalangan orang2 beriman, amen...

friendster beliau : http://profiles.friendster.com/87809122

















SAKRIL SIDIK - REST IN PEACE (RIP)

Read more...

Wednesday, May 27, 2009

cuti Balik Kampung

Selamat Bercuti...HiEeeeee Aramai tiii!!

Read more...

Tuesday, May 19, 2009

Lawatan Sepintas Lalu Pengarah IPTA Ke Pejabat Akademik UMSKAL, Welcome..
Sementara KPT membuat Seminar Memahami Laporan Kewangan yang di adakan di Hotel terkemuka Di Pulau Labuan Baru-baru ini, sempat juga pengarah-pengarah dari IPTA seluruh malaysia Datang dan melawat pejabat Kami, Selamat Datang lah diucapkan Yaaa..





Ini lah diantara AJK Protokol Yang Bertungkus lumus pada hari tersebut.."Senyuman Ikhlass Ka Smua tu Ah??"..hehehe

Read more...

Monday, May 18, 2009

KAAMATAN LABUAN BERJAYA...


Begitulah mungkin ungkapan setiap orang yang hadir pada hari kaamatan labuan 16 Mei, sabtu yang lalu..Tahniah diucapkan kepada setiap AJK Kaamatan Peringkat W.P Labuan kerana berjaya mengadakan majlis yang pada pandangan saya "berjaya"dengan kehadiran artis kadazandusun seperti Rufina, Felix Don, sonsun menjadikan suasana pada hari tersebut lebih gempak, Lebih2 lagi pada tahun ini KDM labuan mengunakan LIVEBAND yang Di datangi Khas daripada Kota kinabalu dan diketuai oleh En. Ronney Ajim, daripada tahun2 sebelum ini nampaknya tahun ini kaamatan lebih berjaya, dan pengisian acara padat pada hari tersebut berjalan dengan lancar dan sempurna..

Dan ini merupakan gambar-gambar sekitar pesta Kaamatan Labuan, gambar Oleh Ddronphotography.
























Read more...

Wednesday, May 13, 2009









Warghhhh....Akhirnya Benda yang betul-betul Menghantui saya selama ni suda berakhir dengan jayanya,tetapi benda ini akan berulang lagi,berulang dan terus berulang, Sbp Kami akan melahirkan Bakal Graduan yang berjaya dimasa akan datang...Beginila hidup saya Sekarang, kalau dulu saya sibuk Menghantar makanan dan minuman ke meja-meja, tetapi sekarang saya menjadi salah seorang Warga Akademik, yang tidak pernah lari dari tanggungjawab sebenar...Lega rasanya jiwa bila PeperiksaanSemester suda Berakhir, kini smua Pelajar suda balik Ke negeri masing-masing, SElamat Bercuti kepada semua Warga UMS..dan saya pula sekarang sibuk dengan rancangan TERBARU iaitu melaksanakan 5S, siapa yang tak tahu apa tu 5S jom masuk Web Ini WWWkal.ums.edu.my..5s juga merupakan amalan ke arah pembentukan sikap dan disiplin yang positif melalui pengwujudan persekitaran tempat kerja yang bersih, selesa dan sihat...Welcome 5S

Read more...

Tuesday, April 28, 2009

Cerita Kaamatan..ARAIMAITIIII!!

KOTOBIAN TADAU TAGAZO DO KAAMATAN

Sedikit Cerita Ringkas berkenaan Kaamatan..
Pesta Kaamatan (Tadau Kaamatan) atau di dalam bahasa Kadazan “Magavau” merupakan upacara perayaan khas untuk menghormati “Bambazon” iaitu semangat padi. Perayaan ini adalah amalan secara tradisi Kaum Kadazan-Dusun sejak zaman berzaman. Perayaan “Magavau” ini biasanya diadakan selepas selesai menuai padi. Pesta Kaamatan yang dirayakan dewasa ini telah diluluskan oleh Majlis Undangan Kerajaan Koloni sebagai cuti umum Sabah sejak tahun 1960 lagi, oleh Tun Haji Mohamad Fuad Stephens, Ketua Menteri Sabah yang pertama.

Antara sambutan menarik yang diadakan ialah persembahan dan pertandingan tarian Sumazau. Tarian ini ditarikan oleh kaum petani terdiri daripada lelaki dan perempuan dengan memakai pakaian tradisional mereka. Tarian ini dimainkan dengan iringan paluan gong. Tarian ini ditarikan dengan kedua-dua tangan diangkat ke paras bahu dan dikibar-kibarkan umpama kipasan sayap burung, mengikut alunan rentak yang dimainkan.

Selain daripada persembahan tarian Sumazau, diadakan juga pertandingan nyanyian dipanggil "Sugandoi", ratu cantik atau “Unduk Ngadau“, dan persembahan segala jenis kesenian dan kraftangan. Pertandingan seperti memukul gong dan sukan rakyat juga menjadi antara acara utama dalam perayaan ini.

Antara hidangan popular semasa perayaan ini ialah meminum tapai atau “Kinomol”, iaitu sejenis arak tradisional. Tapai merupakan minuman tradisi mereka, diperbuat sama ada daripada beras (nasi) atau ubi kayu. Nasi akan diperam di dalam sebuah tempayan besar atau “tajau” selama seminggu, atau ubi kayu diperam selama dua hingga tiga minggu. Biasanya tapai dicampur dengan ragi untuk mempercepatkan proses “memberi rasa” kepada tapai tersebut.

Mereka menggunakan sebatang buluh kecil yang dipanggil “Sumbiling” atau "USUK" untuk menyedut air tapai ini dari dalam tempayan besar. Biasanya sumbiling digunakan untuk meminum air tapai yang diperbuat daripada ubi kayu. Selain itu, mereka juga menggunakan gelas khas dinamakan “Singgarung” yang diperbuat daripada buluh.

Read more...

16HB MEI 2009 PESTA KAAMATAN WP. LABUAN

Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA) cawangan Wilayah Persekutuan Labuan akan menganjurkan sambutan Pesta Kaamatan peringkat Wilayah Persekutuan Labuan pada 16hb Mei 2009 bersamaan hari Sabtu, bertempat di Dewan SRJK Chi Wen, berdekatan bandar Labuan.
Acara yang akan bermula seawal jam 9 pagi itu dijangka akan dirasmikan oleh Presiden KDCA, Huguan Siou YB Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Datuk Kitingan. Turut dijangka hadir sama ialah Ahli Parlimen Labuan, Datuk Yussof Mahal.
Dalam satu kenyataan KDCA Labuan, Setiausahanya, Gundohing Jerome Mijin berkata, sambutan Pesta Kaamatan peringkat Wilayah Persekutuan Labuan adalah salah satu acara yang telah dimuatkan dalam kalendar tahunan perlancongan pulau bebas cukai itu.
“Sambutan pada kali ini adalah berbeza berbanding dengan sambutan Kaamatan pada tahun-tahun yang lepas di Labuan kerana pada tahun ini, Labuan turut merayakan sambutan Pesta Jubli Perak ke-25 tahun Labuan menjadi sebahagian daripada Wilayah Persekutuan, yang turut dikongsi bersama oleh Kuala Lumpur dan Putrajaya.” Kata Jerome.
Sebagai rekod, acara Pesta Kaamatan adalah acara tahunan yang dianjurkan oleh KDCA cawangan Labuan sepertimana juga Pesta Kaamatan peringkat Negeri yang diadakan di dewan Hongkod Koisaan, Penampang pada 30-31hb Mei setiap tahun.
“Di Labuan, acara persembahan kebudayaan dari pelbagai suku kaum etnik Kadazandusun dan Murut juga menarik perhatian pelancong dari dalam mahupun luar negara. Acara kemuncak iaitu pertandingan Unduk Ngadau adalah acara penarik kepada semua golongan masyarakat yang hadir menyaksikan Pesta Kaamatan yang mana Labuan juga akan menghantar wakil ke peringkat negeri nanti. Selain itu, KDCA Labuan juga akan menghantar wakil mereka dalam pertandingan Sugandoi peringkat negeri nanti.” Tambah Jerome Mijin lagi yang juga Urusetia Pengelola.
Antara acara tradisi yang bakal berlangsung sepanjang sambutan Pesta Kaamatan peringkat Labuan pada 16hb Mei nanti ialah sukan tradisi yang akan diadakan seminggu sebelum hari sebenar sambutan Kaamatan Labuan, di mana berbagai acara yang akan dipertandingkan seperti menyumpit, mengupas kulit kelapa, melastik, rampanau dan banyak lagi. Manakala, pertandingan magagung (memukul gong) dan masakan tradisi juga akan diadakan semasa pesta Kaamatan berlangsung nanti.
Kehadiran artis Felix Don yang cukup diminati ramai, bersama dengan seorang lagi artis remaja popular iaitu Rufena Eusibius, yang baru-baru ini telah menjuarai pertandingan Lagu Popular Kadazan 2008 anjuran Sabah VFM unit Kadazan, dijangka dapat menarik kehadiran orang ramai terutama bagi mereka yang meminati kedua-dua artis tempatan popular itu. Turut menyatakan keinginan untuk datang ke sambutan Pesta Kaamatan Labuan pada kali ini ialah artis terkenal Jestie Alexius.
Orang ramai terutama mereka yang bermaustatin di Labuan sendiri dan juga tanah besar Sabah, Sarawak dan negara jiran Brunei Darussalam dijemput hadir beramai-ramai untuk turut serta memeriahkan sambutan Pesta Kaamatan peringkat Wilayah Persekutuan Labuan pada 16hb Mei 2009 nanti.


Dikeluarkan Oleh: Gun. Ronney Ajim

Read more...

Thursday, March 5, 2009

JENIS - JENIS HANTU

Aduiiiii Nah Mau tahu hantu pun ada asalnya juga tauuu..heheh,kalau nak tahu baca di bawah ni...

p/S ~18 Tahun ke atas SAHAJA!!

1. Hantu Raya - Berasal dari Tanah Melayu. Dipercayai terkorban di dalam satu kemalangan jalan raya, sebaik saja keluar dari Pudu Raya untuk pulang berhari raya…… . Kegemarannya mencuri kuih kuih raya. Tempat menginapnya disyaki di balai - balai raya.

2. Hantu Langsuir - Dikenal pasti berasal dari Tanah Seberang.Ceritanya bermula di suatu pagi raya bila seorang suri rumah sedang memasang langsir lalu terjatuh dari tingkap, terus mati. Selepas itu, dia selalu datang menjeguk langsirnya. Hobinya bermain aumm cak di tepi langsir.

3. Hantu Stokin - Berasal dari kawasan perindustrian Shah Alam.Merupakan seorang taukeh stokin yang berjaya sehingga lupa rumah tangga. Hidupnya asyik dengan stokin. Tidur stokin, makan stokin, minum stokin sehinggalah kawan kawan menggelarnya Hantu Stokin.

4. Hantu Jerangkung - Di percayai berasal dari Tanah Besar China . Ia bekerja sebagai penjerang kangkung di sebuah restoran. Hari hari kerjanya jerang kangkung dalam sebuah periuk besar. Satu hari seorang kawan menyergahnya dari belakang, kerana terlalu terkejut ia jatuh dalam periuk itu. Perkataan akhirnya ialah ‘jerang… ..kung’, jadilah Hantu Jerangkung. Hobinya mencangkung dan tempat tinggalnya dalam almari, sebab tu le adalagu ‘Jerangkung Dalam Almari’.

5. Hantu Pontianak - Disyaki berasal dari India . Seorang lelaki, Mr. Ponti mendapat seorang anak perempuan yang sangat hodoh. Orang kampung selalu menyindir anak ponti ini. Ponti punya anak - Ponti punya anak - Ponti punya anak. Ponti sangat malu dan mengurung anaknya. Selepas 5 tahun, anaknya keluar dari rumah dan terkejutlah seorang nenek, Oi! Pontianak … Lekatlah nama pontianak .


6. Hantu Penanggal - Seorang ibu tiri yang kejam, hobinya menanggalkan kain anak tirinya selain kain lakinya. Dah terbiasa dia rasa seronok pulak. Dia melebarkan hobinya dengan menanggalkan kain orang orang kampung. Hebohlah satu kampung ‘Lari..lari… ..Penanggal’. Bila dia melihat sesuatu yang menarik seperti kurap, panau, kayap dan anu… ..dia pun mengilai semahunya.

7. Hantu Pocong - Berasal dari Puchong. Nama sebenarnya Amat Garpu Bin Mat Sudu. Dia ni suka sangat menipu, senang cerita… kaki cong le. Bila dia mati terlompat lompatlah dia, nak pergi cong orang. Pucong! Pucong!

8. Hantu Kom-Kom - Berasal dari Hantu Komputer, macam korang yang suka main Komputer surf internat sampai 24jam hingga tak ingat dunia ..disebabkan suka main komputer hingga mati pun depan komputer, komputer, komputer… akhir sekali di sebutlah hantu Kom-KOM.. shortcut dari Komputer jadi ler KOM.. sahaja… samala macam korangggg!!!! hehehe…main-main saja BooOoo..

Read more...



  ©Template by Dicas Blogger.