Ancher..anak buah kesayangan

Thursday, March 5, 2009

JENIS - JENIS HANTU

Aduiiiii Nah Mau tahu hantu pun ada asalnya juga tauuu..heheh,kalau nak tahu baca di bawah ni...

p/S ~18 Tahun ke atas SAHAJA!!

1. Hantu Raya - Berasal dari Tanah Melayu. Dipercayai terkorban di dalam satu kemalangan jalan raya, sebaik saja keluar dari Pudu Raya untuk pulang berhari raya…… . Kegemarannya mencuri kuih kuih raya. Tempat menginapnya disyaki di balai - balai raya.

2. Hantu Langsuir - Dikenal pasti berasal dari Tanah Seberang.Ceritanya bermula di suatu pagi raya bila seorang suri rumah sedang memasang langsir lalu terjatuh dari tingkap, terus mati. Selepas itu, dia selalu datang menjeguk langsirnya. Hobinya bermain aumm cak di tepi langsir.

3. Hantu Stokin - Berasal dari kawasan perindustrian Shah Alam.Merupakan seorang taukeh stokin yang berjaya sehingga lupa rumah tangga. Hidupnya asyik dengan stokin. Tidur stokin, makan stokin, minum stokin sehinggalah kawan kawan menggelarnya Hantu Stokin.

4. Hantu Jerangkung - Di percayai berasal dari Tanah Besar China . Ia bekerja sebagai penjerang kangkung di sebuah restoran. Hari hari kerjanya jerang kangkung dalam sebuah periuk besar. Satu hari seorang kawan menyergahnya dari belakang, kerana terlalu terkejut ia jatuh dalam periuk itu. Perkataan akhirnya ialah ‘jerang… ..kung’, jadilah Hantu Jerangkung. Hobinya mencangkung dan tempat tinggalnya dalam almari, sebab tu le adalagu ‘Jerangkung Dalam Almari’.

5. Hantu Pontianak - Disyaki berasal dari India . Seorang lelaki, Mr. Ponti mendapat seorang anak perempuan yang sangat hodoh. Orang kampung selalu menyindir anak ponti ini. Ponti punya anak - Ponti punya anak - Ponti punya anak. Ponti sangat malu dan mengurung anaknya. Selepas 5 tahun, anaknya keluar dari rumah dan terkejutlah seorang nenek, Oi! Pontianak … Lekatlah nama pontianak .


6. Hantu Penanggal - Seorang ibu tiri yang kejam, hobinya menanggalkan kain anak tirinya selain kain lakinya. Dah terbiasa dia rasa seronok pulak. Dia melebarkan hobinya dengan menanggalkan kain orang orang kampung. Hebohlah satu kampung ‘Lari..lari… ..Penanggal’. Bila dia melihat sesuatu yang menarik seperti kurap, panau, kayap dan anu… ..dia pun mengilai semahunya.

7. Hantu Pocong - Berasal dari Puchong. Nama sebenarnya Amat Garpu Bin Mat Sudu. Dia ni suka sangat menipu, senang cerita… kaki cong le. Bila dia mati terlompat lompatlah dia, nak pergi cong orang. Pucong! Pucong!

8. Hantu Kom-Kom - Berasal dari Hantu Komputer, macam korang yang suka main Komputer surf internat sampai 24jam hingga tak ingat dunia ..disebabkan suka main komputer hingga mati pun depan komputer, komputer, komputer… akhir sekali di sebutlah hantu Kom-KOM.. shortcut dari Komputer jadi ler KOM.. sahaja… samala macam korangggg!!!! hehehe…main-main saja BooOoo..

5 comments:

Don MS March 6, 2009 at 9:30 AM  

Ada satu lagi janis hantu...
HANTU KUT-KUT..
Ada 2 versi asal usulnya....
Yang pertama, kononnya masa dia masih hidup... dia masih kecil lagi. Bapanya selalu kasi takut... lalu setiap kali dia takut, budak ni akan cakap "akut...akut..". Satu hari budak ni diserang penyakit ganjil... lalu dia pass away. Lepas dikuburkan... hantunya kembali semula ke rumah.Setiap kali si bapa dia kasi takut anak-anak dia yang lain, maka hantu ini akan sentiasa mengeluarkan bunyi pada waktu malam macam ni..."kut..kut..kut..".

Satu lagi versi...
kononnya ada seorang pesakit kusta yang menderita kronik sekronik-kroniknya...
Sepanjang hayatnya, dia sentiasa mengukut...(menggaru) seluruh badannya kerana gatal. Hari demi hari buat begitu hinggakan seluruh kulit dan isinya tanggal.. tinggal tulang. Tidak ada lagi yang boleh digaru... Akhirnya dia pass away. Maka oleh kerana dia mati sengsara... maka hantunya merayau-rayau di sana sini. Biasanya dia akan singgah dari rumah ke rumah sambil menggaru-garu dinding rumah orang... tu lah yang orang selalu dengar dinding macam dicakar sesuatu yang berkuku tajam.

Benar atau tidak cerita ini..? Wallahhualam Bissawab!

vinceancher March 6, 2009 at 2:00 PM  

Hahahah..harap malaikatsesat..kalau malaikat sesat sempena nama apa tu??heheheh

Don MS March 7, 2009 at 8:54 AM  
This comment has been removed by the author.
Don MS March 7, 2009 at 9:03 AM  

Ha..ha..ha... nama tu tiada kena mengena dengan hantu...

Alang-alang kepalang.. si Vinceancher sudah bertanya, maka biarlah sia kasi tau ja...

Dalam Bahasa Melayu... bermaksud

Mal - Bahagian pangkal mata lembing atau pedang
Lai – Kep (kip) atau bahagian penggalak senapang
Kat – Dekat atau hampir
Sat – Daun terup yang tertinggi nilainya
Se – Satu, esa atau tunggal.

Kemudian bila dimurnikan, akan bermaksud...

SATU PERJUANGAN - Pedang, Lembing, Senapang adalah simbol perjuangan yang penuh muslihat seperti permainan Daun Terup.

Begitulah alkisahnya... he..he..

MusicManiac April 14, 2009 at 3:59 PM  

Hohoho,pecah perut ketawa. Rupa-rupanya begitula asal usul tajuk lagu"jerangkung dlm almari".Apalah reaksi kumpulan Wings bila dorang baca cerita ni.Hehe.




  ©Template by Dicas Blogger.