Ancher..anak buah kesayangan

Monday, February 9, 2009

Keningau Kini

Keningau Bandar Bersejarah.."Kunun la"









Inilah satu-satunya Pawagam keningau yang dahulunya boleh memuatkan hampir 100 – 200 orang dalam satu-satu masa, mengikut cerita pawagam keningau ini telah terbakar, dan terus dibiarkan begitu sahaja sehinga kini, bayangkan paling terakhir saya sempat menonton wayang di pawagam tersebut pada usia 6 tahun. Selepas itu pawagam ini dibiarkan antara 20 – 30 tahun lamanya sehinga kini, bekas bangunan Pawagam Keningau atau panggung wayang Keningau yang terlalu usang ini mungkin telah menjadi tempat pembiakan anak ular atau yang sejenis dengannya, bukan itu sahaja, di setiap penjuru bangunan ini adalah tempat penjualan rokok “Batang-Batang” oleh PTI, dan ini akan terus menjadi tanda tanya kepada penduduk Keningau, mengapakah bangunan yang terletak di tengah2 bandar ini masih dibiarkan sehinga kini, dan di hiasi dengan rumput-rumput, lalang, yang hidup subur, mungkin kah bangunan ini mahu dijadikan tugu peringatan ataupun seperti bangunan A’ famosa di melaka.?

Read more...

Friday, February 6, 2009

Sama-sama kita Kenali Tentang Sahabat & Cinta

Perhubungan sahabat adalah sama seperti perhubungan cinta. Kita tidak menganggap seseorang itu cintakan kita apabila dia melarikan diri dalam kita kesusahan. Begitulah juga dalam persahabatan. Fahami konsep cinta ini, maka kita akan faham tentang konsep persahabatan. Cinta itu lebih asyik berbanding sebuah persahabatan. Dalam cinta, kita akan selalu berjumpa ayat-ayat cinta seperti "Aku akan tetap bersama mu selamanya... dalam susah atau pun senang." Ini janji sehidup semati dalam percintaan. Sedangkan orang yang bercinta (malah yang telah berkahwin) pun boleh berpisah dan bercerai-berai, maka apatah lagi dalam hubungan persahabatan.

Sifat cinta adalah setia dan patuh kepada insan yang dicintainya. Seorang wanita pernah bertanya kepada seorang penyair tentang bagaimana kita mahu tahu sama ada seseorang itu benar-benar mencintai dirinya dengan sebenar-benar cinta. Dan penyair itu menjawab:

"Jika si dia berasa yang dia pasti mati jika tidak meminum air disebabkan kehausan, dan kemudian engkau berkata kepadanya, "Jangan minum air itu", maka dia tidak akan minum air itu".

Inilah yang dinamakan cinta. Dan inilah juga intisari ikatan persahabatan. Persahabatan dan percintaan yang hakiki tidak akan berubah apabila situasi berubah. Pengajarannya, berhati-hatilah dalam mencari cinta dan persahabatan di dalam dunia ini.

Ikatan persahabatan dan percintaan (yang palsu) berubah apabila situasi berubah kerana kebanyakkan manusia melihat sesuatu perkara, masalah dan isu mengikut dari kaca mata dirinya sahaja. Dengan kata lain, kebanyakkan manusia mementingkan diri sendiri..selfish.

Oleh itu, apabila memulakan sebuah persahabatan dan percintaan, jangan terus menganggap bahawa mereka akan benar-benar memahami diri kita.

Moral : Sahabat dan cinta...sama penting tapi, bersahabatlah dgn cinta anda, tp jangan sesekali bercinta dengan sahabat..dgr la ckp aku..JANGAN!..Persahabatan yg benar tkan berubah walau keadaan berubah..

Read more...

Thursday, February 5, 2009

Sejarah Daerah Keningau..Jom Cuti-cuti di Keningau...

Cerita Daerah Keningau



Daerah Keningau pada suatu masa dahulu terkenal dengan pokok kayu manis atau lebih dikenali sebagai “POKOK KONINGAU” oleh penduduk tempatan. Kayu Koningau ini memang terkenal di kalangan penduduk tempatan sebagai bahan rempah dalam masakan sehingga mendapat jolokan “Raja Rempah Ratus”. Kemasyhurannya telah menarik perhatian ramai saudagar-saudagar asing untuk memperdagangkannya di pasaran antarabangsa.
Permintaan ramai yang tinggi terhadap kayu manis menyebabkan daerah ini begitu terkenal di mata saudagar-saudagar tempatan dan asing. mereka inilah yang memberi gelaran “Kampung Keningau pada daerah ini sempena nama pokok kayu Koningau yang memudahkan mereka mengenali kawasan sumber utama kayu manis.



Nama “KENINGAU” terus masyhur dan terkenal serta kekal sehingga ke hari ini sebagai sebuah daerah yang tertua dan terbesar di Bahagian Pedalaman.
Mengikut isitlah saintifik kayu manis disebut dengan nama Cinnamomun Burmannii dan tergolong dalam familia Lauraceae.


Batu Sumpah Keningau

Legenda Batu Sumpah
Batu Sumpah ini telah didirikan pada tahun 60 an atas Perjanjian di antara Parti Pasok Momogun yang diketuai oleh mendiang Y.Bhg. Datuk G. S. Sundang @ Datuk Gunsanad Samson Sundang dan mendiang OKK Sodomon Bin Gunsanad dengan Kerajaan Persekutuan Malaysia untuk menghormati hak kebebasan beragama, adat istiadat anak rakyat Negeri Sabah oleh Kerajaan Malaysia dan rakyat Negeri Sabah, Penduduk Bahagian Pedalaman Atas (Keningau) bersumpah taat setia kepada Kerajaan Malaysia.



Mascot Daerah Keningau

Payau merupakan salah satu ruminan yang termasuk dalam kelas-kelas berikut, Order. Artiodactyla, Sub-order. Ruminantia, Famili: Cerdidae, Genus: Cervus/Axis/Spese: Unicolor (payau Sambar), Elaphus (Payau Merah), Timorensis (Payau Timor), Nippon (Payau Sika), Axis (Payau Chital). Di Asia sahaja terdapat 16 jenis spesis payau (G.K. whitehead, 1972). Di Malaysia, terdapat 2 jenis payau sambar iaitu Cervus Unicolor Equinus yang terdapat di Semenanjung dan Cervus Unicolor Brokei yang terdapat di Sabah dan Sarawak. Jenis-jenis payau lain yang diternak di Malaysia adalah payau merah (cervus elaphus), Payau Chital (axis-axis) Payau timor (Cervus Torensis) dan payau Fallow (dama dama). Sedikit masa dahulu, payau siku (Cervus nippon) juga diternak di Malaysia, namun oleh kerana masalah penyakit Tuberculosis maka banyak payau sika telah dimansuhkan serta tidak diimpot lagi.
Payau Sambar merupakan jenis payau yang lebih besar daripada jenis-jenis payau yang tersebut di atas. Payau Sambar jenis Cervus Unicolor Equinus lebih besar daripada Cervus Unicolor Brokei.

P/ss...Sekian Info tentang Keningau...

Read more...



  ©Template by Dicas Blogger.