Ancher..anak buah kesayangan

Friday, February 6, 2009

Sama-sama kita Kenali Tentang Sahabat & Cinta

Perhubungan sahabat adalah sama seperti perhubungan cinta. Kita tidak menganggap seseorang itu cintakan kita apabila dia melarikan diri dalam kita kesusahan. Begitulah juga dalam persahabatan. Fahami konsep cinta ini, maka kita akan faham tentang konsep persahabatan. Cinta itu lebih asyik berbanding sebuah persahabatan. Dalam cinta, kita akan selalu berjumpa ayat-ayat cinta seperti "Aku akan tetap bersama mu selamanya... dalam susah atau pun senang." Ini janji sehidup semati dalam percintaan. Sedangkan orang yang bercinta (malah yang telah berkahwin) pun boleh berpisah dan bercerai-berai, maka apatah lagi dalam hubungan persahabatan.

Sifat cinta adalah setia dan patuh kepada insan yang dicintainya. Seorang wanita pernah bertanya kepada seorang penyair tentang bagaimana kita mahu tahu sama ada seseorang itu benar-benar mencintai dirinya dengan sebenar-benar cinta. Dan penyair itu menjawab:

"Jika si dia berasa yang dia pasti mati jika tidak meminum air disebabkan kehausan, dan kemudian engkau berkata kepadanya, "Jangan minum air itu", maka dia tidak akan minum air itu".

Inilah yang dinamakan cinta. Dan inilah juga intisari ikatan persahabatan. Persahabatan dan percintaan yang hakiki tidak akan berubah apabila situasi berubah. Pengajarannya, berhati-hatilah dalam mencari cinta dan persahabatan di dalam dunia ini.

Ikatan persahabatan dan percintaan (yang palsu) berubah apabila situasi berubah kerana kebanyakkan manusia melihat sesuatu perkara, masalah dan isu mengikut dari kaca mata dirinya sahaja. Dengan kata lain, kebanyakkan manusia mementingkan diri sendiri..selfish.

Oleh itu, apabila memulakan sebuah persahabatan dan percintaan, jangan terus menganggap bahawa mereka akan benar-benar memahami diri kita.

Moral : Sahabat dan cinta...sama penting tapi, bersahabatlah dgn cinta anda, tp jangan sesekali bercinta dengan sahabat..dgr la ckp aku..JANGAN!..Persahabatan yg benar tkan berubah walau keadaan berubah..

3 comments:

@sRyEn February 13, 2009 at 3:49 PM  

apa ba ko cerita ini roy. sia tia faham la

vinceancher February 13, 2009 at 5:02 PM  

kalau tidak faham tanya la lalat...hahahahah,dangdudsss

Don MS February 23, 2009 at 3:33 PM  

Alamak... macam mana mo komen ni ahh...? Takut kalau bagi komen, nanti ada orang makan pedal-makan hati.
Tapi begitulah hakikatnya kan...
Sahabat itu memang letaknya No.2 selepas kekasih... apakan lagi tunangan.
Walau serapat dan sebaik manapun kita... sahabat tetap tidak akan jadi kekasih.
Parahnya, bila kita bersahabat... dengan lebih rapat... kita mungkin boleh terjebak dengan perasaan cinta. Keadaannya tidak akan merubah apa-apa tentang nilai persahabatan itu selagi rahsia jiwa tidak pecah. Cuma kenalah "makan hati berulamkan jantung" bila bertepuk sebelah tangan....
Sebab tu, harus ada batasan dalam persahabatan agar tidak terjerat dengan mainan cinta sebelah tangan.
Jika sahabat kita tu sudah putus dengan tunangan... cuba dekati dan layani dia sebagai sahabat. Seperti sebelumnya...

Dengan itu, dia pasti akan menyedari akan makna sebuah persahabatan. Alamak... madah pujangga mana pulak ni... he..he..




  ©Template by Dicas Blogger.